Penyampaian Sijil Pelaksanaan Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
19 Disember 2023 - Majlis Daerah Kampar telah menerima Sijil Pelaksanaan Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kategori Cemerlang yang dikeluarkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Puan Siti Azura binti Haji Juki, AMP, Setiausaha MDKpr, Puan Nor Syazana binti Amrah@Omrah, Penyelaras EKSA dan Puan Khumaizah binti Aziz, Fasilitator EKSA telah menghadiri Penyampaian Sijil Pelaksanaan Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Sijil ini telah disampaikan oleh Puan Nor Husna binti Idris, Penolong Setiausaha Kerajaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Tahniah diucapkan kepada semua warga Majlis Daerah Kampar.